Konflik Gaza: Penunjuk perasaan serang cawangan KFC di Pakistan

Konflik Gaza: Penunjuk perasaan serang cawangan KFC di Pakistan

PENUNJUK perasaan mengadakan protes pro-Palestin di luar cawangan KFC, di tengah perang Israel di Gaza, di pinggir Islamabad, minggu lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Polis Pakistan membuat puluhan tangkapan susulan siri serangan yang menyasarkan cawangan rangkaian makanan segera, KFC, di seluruh negara yang mengakibatkan seorang lelaki terbunuh.

Penunjuk perasaan, yang marah dengan perang di Gaza, menyeru supaya memboikot rangkaian makanan segera itu, dengan mendakwa ia simbol Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel.

Polis di bandar utama Pakistan, termasuk selatan Karachi, Lahore dan ibu negara Islamabad, mengesahkan sekurang-kurangnya 11 insiden serangan terhadap cawangan KFC oleh penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 178 individu ditahan setakat minggu ini.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pakistan, Talal Chaudhry berkata, sekurang-kurangnya 20 cubaan serangan terhadap premis KFC direkodkan di seluruh negara dalam minggu lalu.

Video di media sosial menunjukkan kumpulan perusuh bersenjatakan besi memasuki KFC dan mengancam untuk membakar premis sebelum polis tiba untuk menangkap penunjuk perasaan.

Di Karachi, dua cawangan KFC turut dibakar.

Mengecam keganasan tersebut, Talal menjelaskan, kebanyakan pengusaha yang terlibat adalah warga Pakistan dan keuntungan daripada rangkaian itu disalurkan kepada rakyat tempatan.

Pegawai polis mengesahkan seorang pekerja KFC, Asif Nawaz, 45, maut ditembak semasa salah satu protes di bandar Sheikhupura, di pinggir Lahore, pada 14 April lalu.

“Kami sedang menyiasat peranan individu dan kumpulan tertentu dalam serangan itu,” kata pegawai kanan polis Lahore, Faisal Kamran.

Beliau berkata, 11 individu termasuk seorang anggota Parti Tehreek-e-Labbaik Pakistan (TLP) ditahan di bandar tersebut.– BBC/CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN