ISLAMABAD: Polis Pakistan membuat puluhan tangkapan susulan siri serangan yang menyasarkan cawangan rangkaian makanan segera, KFC, di seluruh negara yang mengakibatkan seorang lelaki terbunuh. Penunjuk perasaan, yang marah dengan perang di Gaza, menyeru supaya memboikot rangkaian makanan segera itu, dengan mendakwa ia simbol Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel. Polis di bandar utama Pakistan, termasuk selatan Karachi, Lahore dan ibu negara Islamabad, mengesahkan sekurang-kurangnya 11 insiden serangan terhadap cawangan KFC oleh penunjuk perasaan. Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 178 individu ditahan setakat minggu ini. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pakistan, Talal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya