Komen jelek di media sosial, anggota Bomba Kelantan berdepan tindakan

Komen jelek di media sosial, anggota Bomba Kelantan berdepan tindakan

FARHAN Sufyan Borhan (tengah) menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Warga Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, malam tadi. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bakal berdepan tindakan tata tertib selepas dikesan memberikan komen jelek di laman Facebook yang menyentuh isu politik.

Pengarahnya Farhan Sufyan Borhan berkata, buat masa ini JBPM Kelantan sedang menunggu maklum balas daripada ibu pejabat sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, anggota berusia 40-an itu dikesan memberikan komen itu pada akhir Mac lalu sekali gus boleh menimbulkan sensitiviti.

“JBPM Kelantan entiasa memantau tingkah laku kakitangan di media sosial dan telah pantas memberi amaran serta nasihat supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang komen terutamanya yang berkaitan isu agama, perkauman dan institusi diraja (3R).

“Kita galakkan anggota aktif di media sosial bagi memaparkan aktiviti jabatan, kempen keselamatan dan kecemerlangan, namun tertakluk kepada peraturan kakitangan awam serta Akta Komunikasi dan Multimedia (MCMC),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Warga Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, di sini malam tadi.

Farhan Sufyan memberitahu, perlu bijak dalam memberikan komen, walaupun sekadar untuk melawak bagi mengelakkan ianya boleh disalah tafsir. 

“Siasatan mendapati anggota berkenaan menghantar komentar peribadi dalam hantaran orang lain dengan tujuan melawak.

“Pihak jabatan kini menunggu keputusan ibu pejabat berhubung tindakan yang akan dikenakan terhadap anggota tersebut atau sebaliknya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN