Kertas peperiksaan terbakar, 60,000 pelajar Myanmar terkandas

Kertas peperiksaan terbakar, 60,000 pelajar terkandas

SEORANG lelaki berjalan melepasi bangunan yang rosak di Mandalay, berikutan gempa bumi dahsyat melanda Myanmar pada 28 Mac lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Lebih 60,000 pelajar Myanmar terpaksa menduduki semula peperiksaan kemasukan universiti selepas kertas jawapan mereka musnah dalam kebakaran yang berpunca daripada gempa bumi bulan lalu.

Gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter meragut lebih 3,700 nyawa dan memusnahkan bangunan di kawasan tengah Myanmar, dengan kemusnahan paling teruk berlaku di bandar kedua terpadat, Mandalay.

Media kerajaan melaporkan, kebakaran tercetus di Universiti Mandalay dan memusnahkan kertas jawapan milik 62,954 pelajar sekolah menengah dari kawasan utara.

“Kertas jawapan peperiksaan musnah dalam kebakaran akibat gempa bumi yang dahsyat.

“Kami akan mengadakan semula peperiksaan matrikulasi dari 16 hingga 21 Jun,” kata media kerajaan pada Selasa.

Peperiksaan matrikulasi di Myanmar merupakan ujian penting bagi pelajar kerana ia menentukan hala tuju pengajian mereka pada masa depan.

Menurut media kerajaan, sekitar 13,000 pelajar menduduki peperiksaan itu di seluruh negara tahun lalu.

Kebakaran di Universiti Mandalay memusnahkan lebih 375,000 kertas jawapan pelajar dari kawasan Mandalay dan Sagaing – yang terjejas teruk akibat gempa bumi pada 28 Mac – serta dari wilayah Kachin.

Lebih 60,000 orang kini tinggal di khemah sementara susulan bencana itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan 2.7 juta kanak-kanak tinggal di kawasan paling terjejas akibat gegaran tersebut, yang menyebabkan pergerakan tanah sehingga enam meter, menurut analisis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).- AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN