Isu Musang King: Pelbagai fitnah, persepsi demi lemahkan kepimpinan Wan Rosdy - Boi Saidi - Utusan Malaysia

Isu Musang King: Pelbagai fitnah, persepsi demi lemahkan kepimpinan Wan Rosdy – Boi Saidi

BOI SAIDI ABD RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Fitnah dan persepsi dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab dalam isu melibatkan kebun durian Musang King yang ditanam secara haram di atas tanah kerajaan di Raub, dekat sini demi melemahkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan yang juga Pembantu Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, Dr.  Boi Saidi Abd. Razak berkata, setiap kenyataan dikeluarkan Wan Rosdy akan disalahertikan oleh pihak-pihak tertentu demi mengaburi mata rakyat.

“Akibatnya, ada yang terpengaruh tanpa menilai ataupun memahami apa sebenarnya yang disampaikan oleh pihak berkenaan.

“Malah disebabkan isu penerokaan tanah haram itu, hilang kisahnya membabitkan pelbagai inisiatif kepada rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr. Boi Saidi berkata, sebagai Pembantu Penyelaras DUN Pulau Manis, beliau sering diingatkan oleh Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohamad Fakhrudin Mohd. Arif supaya sentiasa mengambil ruang dan peluang untuk memberikan penerangan kepada masyarakat setempat berhubung isu-isu yang diputarbelitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, sebagai pewaris UMNO, rakyat perlu sentiasa disemai semangat percaya kepada pemimpin khususnya Menteri Besar.

“Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titah baginda ketika merasmikan pembukaan sidang DUN Pahang pada Jumaat lalu memuji tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap kegiataan penerokaan tanah secara haram di Pahang.

“Baginda turut berbangga dan menzahirkan penghargaan atas usaha kerajaan negeri bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang mengambil tindakan tegas di lapangan termasuk membuat tangkapan, memotong pokok-pokok ditanam secara haram dan juga menutup lombong-lombong yang dibuka tanpa rasa malu dan takut.

“Kenyataan Sultan Pahang itu jelas membuktikan bahawa setiap tindakan kerajaan negeri khususnya berkaitan isu pencerobohan tanah milik kerajaan Nlnegeri Pahang adalah selari dengan kehendak tuanku Sultan Pahang,” katanya.

Menurutnya, beliau berbangga berada di bumi Pahang yang mana kerajaan negeri sentiasa peka dan tegas dalam soal memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN