Hujan lebat ragut hampir 100 nyawa di India, Nepal

Hujan lebat ragut hampir 100 nyawa di India, Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Hampir 100 orang dilaporkan maut sejak Rabu, selepas hujan lebat melanda beberapa bahagian di India dan Nepal.

Jabatan kaji cuaca meramalkan lebih banyak hujan luar musim dijangka berlaku di rantau itu, menurut pegawai dan laporan media.

Jabatan Meteorologi India (IMD) mengeluarkan amaran pelbagai bahaya bagi negara tersebut, dengan gelombang haba dijangka melanda bahagian barat dan ribut petir di kawasan timur serta tengah.

Di negeri timur Bihar, sekurang-kurangnya 64 maut dalam insiden berkaitan hujan sejak Rabu, menurut pegawai kanan dari jabatan pengurusan bencana negeri kepada Reuters.

Media tempatan melaporkan, lebih 20 orang terkorban di negeri paling ramai penduduk di India, Uttar Pradesh.

Sementara itu, di negara jiran Nepal, petir dan hujan lebat meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, menurut Pihak Berkuasa Bencana Kebangsaan.

Agensi kaji cuaca India menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir, kilat dan angin kencang akan terus melanda kawasan tengah serta timur negara sehingga Sabtu.

Jabatan Meteorologi Inida, yang dikendalikan kerajaan, berkata minggu lalu bahawa negara itu dijangka mengalami cuaca yang jauh lebih panas pada April, dengan suhu melebihi paras normal di kebanyakan kawasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN