MELAKA: Kejadian kebakaran tragis di Kampung Berangan Enam, Umbai, pada 13 Februari lalu meninggalkan kesan mendalam buat Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35. Kejadian itu meragut nyawa isteri dan empat anaknya dan hari yang terus berlalu sejak itu hanya meninggalkan rindu tiada penghujung buat dirinya. “Kini hanya air mata yang menjadi peneman, setiap kali sedih saya berdoa memohon ketenangan daripada Allah SWT. “Sejak kejadian, saya sering bermimpi berjumpa mereka. Dalam satu mimpi,…










