MANILA: Sebuah gunung berapi di tengah Filipina meletus awal pagi tadi, dengan memuntahkan tiang abu setinggi 4.5 kilometer (km) ke langit. Situasi itu mendorong pihak berkuasa menaikkan tahap amaran di Gunung Bulusan dan memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi zon bahaya sejauh empat kilometer. Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menaikkan status amaran Bulusan daripada Tahap 0 kpeada Tahap 1 pada skala lima peringkatnya, menandakan risiko letusan freatik. Sebelum letusan berlaku…










