BOGOTA: Kementerian Kesihatan Colombia mengisytiharkan kecemasan kesihatan di seluruh negara berikutan ‘peredaran aktif’ terhadap kes demam kuning. Sejak September 2024, terdapat 75 kes demam kuning direkodkan dan 34 kematian akibat penyakit itu, menurut kementerian. Sembilan daripada 32 wilayah negara itu melaporkan sekurang-kurangnya satu kes demam kuning. Kebanyakan kes dikesan di kawasan luar bandar di wilayah Tolima dan Meta, Lembangan Amazon serta kawasan Sungai Magdalene. Menurut pejabat presiden, kes juga dilaporkan di kawasan yang sebelum ini tidak mempunyai sejarah kehadiran virus tersebut seperti wilayah Caldas, yang terkenal dengan tanaman kopi. Beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya