SEOUL: Perkhidmatan kecerdasan buatan China, DeepSeek, kembali boleh dimuat turun di pasaran aplikasi Korea Selatan hari ini, selepas digantung kira-kira dua bulan berikutan kebimbangan pelanggaran perlindungan data. Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi Korea Selatan berkata, DeepSeek memindahkan data pengguna dan arahan tanpa kebenaran apabila perkhidmatan tersebut pertama kali dilancarkan di negara itu pada Januari. Muat turun aplikasi itu digantung pada Februari lalu selepas timbul isu mengenai perlindungan data peribadi, namun perkhidmatan…










