BEIJING: China menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memantau lombong bukan arang batu, yang pertama seumpamanya bagi meningkatkan keselamatan perlombongan, lapor China Daily. Sistem yang diperkenalkan pada 12 Mac membuktikan keberkesanannya bulan lepas apabila berjaya mengesan kecemasan pada kedalaman 580 meter di bawah tanah dan mencetuskan amaran. Sistem itu dibangunkan hasil integrasi model DeepSeek ke dalam rangka pemantauan oleh Hubei Lonmon Phosphorus Chemical Co., yang berpusat di wilayah Hubei, tengah China.…










