BN dahului lawan dekati pengundi di Ayer Kuning

BN dahului lawan dekati pengundi di Ayer Kuning

SUASANA pekan kecil Ayer Kuning di Tapah. - UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARISAN Nasional (BN) tidak me­mandang mudah Pilihan Ra­ya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, mes­kipun diramal mampu mempertahankan kerusi tersebut.

Dengan jentera parti kini memasuki gear lima, BN giat mengatur strategi dan memperkukuh gerak kerja bagi memastikan kemenangan mutlak. Tiada istilah selesa atau sambil lewa, setiap undi menjadi keutamaan agar pe­nguasaan parti terus kekal ku­kuh di kawasan berkenaan.

Gerak kerja yang tersusun ser­ta pendekatan data mapping yang terbukti berkesan dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini dijadikan sandaran utama bagi mengenal pasti pola soko­ngan pengundi. Melalui kaedah ini, BN dapat menyusun strategi lebih mantap untuk mengekalkan sokongan teras dan menarik minat pengundi baharu.

Setakat ini, BN dilaporkan te­lah mengenal pasti keseluruhan 31,897 pengundi, yang dikategorikan sebagai pengundi putih, kelabu dan hitam berdasarkan analisis serta rekod pilihan raya sebelum ini. Pecahan tersebut turut merangkumi aspek kaum, umur dan jantina.

Bagi pengundi kategori putih, jentera BN memastikan perjumpaan dan kunjungan mesra terus dijalankan secara konsis­ten bagi mengekalkan sokongan mereka. Manakala, pengundi kelabu dan hitam pula sedang diberi tumpuan menerusi pendekatan lebih menyeluruh, termasuk mengenal pasti isu-isu yang menyebabkan peralihan sokongan serta usaha memujuk mereka agar kembali menyokong BN.

Wanita UMNO dan Puteri UMNO turut memainkan pera­nan utama dalam meraih soko­ngan pengundi wanita menerusi program kemasyarakatan dan kebajikan. Sementara itu, Pemuda BN dan Pakatan Harapan (PH) pula aktif mendekati go­longan muda melalui pelbagai program sukan dan interaksi secara fizikal serta dalam talian. Program kemahiran dan bantuan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi turut dilaksanakan untuk menarik sokongan anak muda, khususnya mereka yang pertama kali mengundi.

Kesetiaan masyarakat Orang Asli terhadap BN juga menjadi kelebihan bagi parti itu dalam memastikan sokongan mereka terus kekal utuh. Di samping itu, kehadiran gabungan BN dan PH dalam kerajaan negeri turut memberi kelebihan besar, de­ngan jentera UMNO, MIC, MCA, DAP, PKR dan Amanah bekerjasama erat bagi mengekalkan sokongan pengundi kaum India dan Cina.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi. Beliau memperoleh 9,088 undi, manakala calon PH meraih 6,875 undi.

Dengan pengalaman lalu serta strategi kempen yang lebih agresif, BN dilihat berada pada landasan kukuh untuk mempertahankan kerusi ini sekali lagi. Namun, dengan tempoh berkempen yang masih berbaki, jentera parti terus menggerakkan usaha bagi memastikan kemenangan tetap berpihak kepada mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×