Ahli politik diminta henti cetuskan politik kebencian

Ahli politik diminta henti cetuskan politik kebencian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua ahli politik di negara ini diingatkan agar menghentikan amalan politik kebencian yang berpotensi meretakkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berkata, ahli politik sepatutnya memainkan peranan utama menyemai benih perpaduan terutamanya apabila membicarakan isu yang melibatkan agama dan kaum.

“Siapa yang sering menge­luarkan kenyataan menghina agama dan kaum? Jawapannya ahli politik sendiri.

“Di depan, mereka (orang politik) menyeru agar bersatu padu tetapi di belakang mereka membisikkan perkara berbeza.

“Orang biasa bukan punca­nya, sebaliknya ahli politik yang se­ring mempengaruhi rakyat hingga bertindak di luar batasan,” katanya.

Beliau mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menzahirkan rasa dukacita terhadap kecenderungan sesetengah pihak mensensasikan isu agama dan perkauman atas nama menjadi ‘wira kaum’ atau ‘wira agama’.

Tun Zaki turut menyeru ahli politik tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan polemik dan kete­gangan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Bagi menyemai benih keharmonian, katanya, pendidikan merupakan asas dan tunjang paling ampuh untuk memelihara keharmonian dalam masyarakat.

“Saya menyambut baik inisiatif seperti Sekolah Wawasan yang pernah diperkenalkan dahulu, namun sayangnya ia pernah ditolak oleh persatuan Dong Jiao Zong.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menyeru semua pihak akur terhadap larangan menyen­tuh isu agama, raja dan kaum (3R) dalam sebarang ucapan.

Jelasnya, politik kebencian yang disemai oleh pihak tertentu perlu dihentikan segera agar ke­stabilan negara terus terpelihara.

“Saya kesal kerana masih terdapat individu yang menggunakan isu 3R walaupun kerajaan berulang kali memberikan amaran,’’ katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya