600 askar Korea Utara terbunuh dalam perang Russia-Ukraine

600 askar Korea Utara terbunuh dalam perang Russia-Ukraine

TENTERA Korea Utara mengambil bahagian dalam sesi raptai selepas pertandingan latihan antara gabungan pasukan kru kereta kebal Tentera Rakyat Korea di lokasi yang tidak didedahkan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Agensi perisikan Korea Selatan menganggarkan kira-kira 4,700 askar Korea Utara terbunuh atau cedera ketika berperang bersama Russia menentang tentera Ukraine.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam taklimat tertutup jawatankuasa parlimen semalam, Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS) melaporkan kira-kira 600 askar Korea Utara yang berjuang untuk Russia terbunuh dan ribuan lagi cedera.

“Setakat ini, jumlah korban dalam kalangan tentera Korea Utara dianggarkan sekitar 4,700, termasuk kira-kira 600 kematian,” kata Ahli Parlimen Lee Seong-kweun kepada pemberita selepas taklimat itu.

Penilaian itu dibuat dua hari selepas Korea Utara mengesahkan menghantar askarnya untuk membantu Russia menawan semula bahagian wilayah Kursk.

Menurut Seong-kweun, NIS memaklumkan 2,000 askar Korea Utara yang cedera sudah dihantar pulang melalui udara atau kereta api antara Januari dan Mac.

Beliau berkata, mayat askar Korea Utara yang terkorban juga dibakar di Russia sebelum abu mereka dihantar pulang ke tanah air.

Januari lalu, agensi perisikan itu melaporkan kira-kira 300 kematian dan 2,700 kecederaan melibatkan tentera Korea Utara, dengan anggaran itu ditingkatkan kepada 4,000 orang oleh Korea Selatan bulan lalu.

Seong-kweun mendakwa, kira-kira 2,000 askar dibawa pulang ke Korea Utara dan kini dilaporkan ditahan secara berasingan di Pyongyang serta lokasi lain di seluruh negara.

“Korea Utara menyokong usaha Russia merampas semua Kursk dengan menghantar 18,000 tentera dalam dua fasa.

“Sejak itu, terdapat laporan salah laku dalam kalangan tentera Korea Utara, termasuk penyalahgunaan alkohol dan kecurian,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN