WASHINGTON: Pertemuan Presiden Volodymyr Zelensky dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Washington, DC, berakhir secara tiba-tiba selepas kedua-dua pemimpin itu bertelagah dan saling bertikam lidah mengenai perang Russia terhadap Ukraine. 10 minit terakhir daripada pertemuan hampir 45 minit itu bertukar menjadi perdebatan tegang antara Trump, Zelensky dan Naib Presiden AS, JD Vance. Dalam pertemuan di pejabat Oval, Trump memarahi Zelensky dan menuduhnya memperjudikan nyawa jutaan orang serta menegaskan…









