Tahun 2024 detik mencabar PDRM

Tahun 2024 detik mencabar PDRM

RAZARUDIN Husain berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tahun 2024 disifatkan detik amat mencabar bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila pasukan keselamatan itu mengendalikan beberapa kes ber­profil tinggi termasuklah se­ra­ngan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, Johor sehingga mengorbankan nyawa anggotanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kre­dibiliti pasukan itu berdepan tugas besar untuk merungkai beberapa kes berprofil tinggi me­narik perhatian serta persepsi masyarakat khususnya di plat­form media sosial sepanjang tahun lalu.

“Antara kes jenayah yang menggemparkan negara sepanjang tahun ialah penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api berserta 200 butir peluru di Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, tragedi berdarah serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang turut mengorbankan anggota polis dan insiden pencerobohan di Balai Polis Dato’ Keramat, Pulau Pinang.

“Kita juga berjaya membongkar kes eksploitasi agama dan menyelamatkan kanak-kanak dan wanita mangsa penganiayaan serta eksploitasi oleh Syarikat Global Ikhwan Services an Business Holdings Sdn. Bhd. (GISB),” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini semalam.

Menurutnya, meskipun PD­RM sering tular dengan pelbagai kecaman dan tohmahan namun beliau yakin masyarakat masih meletakkan kepercayaan dan harapan tinggi terhadap polis.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, kerajaan memperuntukkan RM11.33 bilion kepada PDRM di bawah Dasar Sedia Ada, Program Khusus dan Pembangunan dalam Belanjawan 2025.

Katanya, pelbagai manfaat sudah diterima ke arah penambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatan pasukan dan kebajikan warga PDRM.

“Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membolehkan PDRM memperoleh sejumlah RM11.33 bilion.

“Sebanyak 18 projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai polis, perumahan, serta fasiliti lain telah diluluskan dengan implikasi kewangan berjumlah lebih RM2.3 bilion di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) tahun 2025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN