RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Bendang Perol di sini, bimbang jika terpaksa berpuasa di pusat pemindahan sementara (PPS) memandangkan keadaan banjir yang melanda kawasan rumah mereka, lambat surut. Seorang penduduk, Mek Yam Ahmad, 82, berkata, dia sudah beberapa hari berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh selepas rumahnya ditenggelami air banjir susulan hujan lebat dan berkemungkinan. “Biasanya air mengambil masa selama seminggu untuk surut, semua itu bergantung kepada keadaan…










