Ronnie rindu masakan ibu

Ronnie rindu masakan ibu

RONNIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan dan Syawal tahun ini, berbeza buat bekas penyanyi kumpulan Hyper Act, Ronnie Hussein yang kehilangan ibunya,Che Nah Jaafar dalam usia 65 tahun 26 Oktober tahun lalu.

Ronnie yang kembali menjadi sebutan ramai selepas menyertai Gegar Vaganza Musim 11 GV11 berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini pasti tidak sempurna buatnya kerana tidak dapat lagi menikmati masakan air tangan ibunya.

“Setelah bapa saya Hussein Mahmud meninggal dunia sembilan tahun lepas, kini ibu saya pula pergi. Kepada anak dan isteri serta lima adik-beradik saya, yang saya mampu untuk berkongsi momen indah Hari Raya Aidilfitri selepas ini.

“Masakan ibu yang saya pa­ling rindukan adalah mihun goreng, saya rasakan tiada siapa dapat menandinginya. Hari Raya Aidilfitri pula ayam masak merah dan sambal udang yang sentiasa ada pada pagi raya,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Aku dan Dikoyak Waktu itu memberitahu, bagaimanapun hidup perlu diteruskan walaupun ingatan terhadap insan yang sudah pergi memberi kesan emosi terutama pada bulan Ramadan dan Sya­wal.

Ditanya kehidupan pasca GV11, Ronnie atau Shahron Hussein, 45, berkata, populariti sebagai penyanyi semakin meningkat berbanding sebelum menyertai rancangan terbitan Astro tersebut.

“Walaupun tidak berubah 360 darjah, kehidupan Ronnie Hussein telah berubah separuh iaitu 180 darjah sejak berjaya layak hingga ke peringkat separuh akhir GV11.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan, yang mana sebelum ini saya setiap tahun akan berniaga di bazar Ramadan Skudai Johor hingga ada peminat yang bertanya mengapa saya tidak berniaga Nasi Goreng Teppanyakki dan Nasi Goreng Petai tahun ini,” ujarnya.

Malah, katanya, Impak GV11 dari awal bulan Ramadan hingga malam raya, jadual persembahannya di seluruh negara sudah penuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN