WASHINGTON: Angin puting beliung ‘ganas’ meragut sekurang-kurangnya 34 nyawa di Amerika Syarikat (AS) berikutan ribut kuat yang melanda seluruh negara sejak Jumaat lalu. Negeri-negeri yang paling teruk terjejas termasuk Arkansas, Texas dan Oklahoma dengan Missouri mencatatkan jumlah kematian tertinggi seramai 12 orang. Jumlah korban meningkat selepas lapan orang dilaporkan maut di Kansas akibat kemalangan besar melibatkan lebih 50 kenderaan di lebuh raya Sherman County. Ribut debu turut menyebabkan tiga kematian…










