RAMALLAH: Pengarah bersama filem dokumentari, No Other Land, yang memenangi Anugerah Oscar baru-baru ini, dibebaskan selepas ditahan oleh tentera Israel susulan serangan peneroka haram Yahudi di Tebing Barat. Dalam hantaran di platform media sosial X semalam, rakan pengarahnya, Yuval Abraham berkata, Hamdan Ballal kini dibebaskan dan pulang ke rumah keluarga setelah digari sepanjang malam serta dipukul di pangkalan tentera. Menurut agensi berita Associated Press, Ballal bersama dua rakyat Palestin lain…










