SEOUL: Pekerja IT Korea Utara, yang dipaksa bekerja untuk rejim Kim Jong-un bagi menjana pendapatan haram, dipaksa bekerja di bawah pengawasan ketat dan tekanan melampau bagi mendapatkan gaji, menurut laporan organisasi hak asasi manusia. Laporan Pscore, yang berpangkalan di Seoul, menegaskan pekerja IT Korea Utara harus diiktiraf sebagai mangsa pencabulan hak asasi manusia yang serius di bawah rejim Kim, dan bukan sekadar penyumbang kepada pendapatan haram negara itu. “Penting untuk mengiktiraf pekerja IT ini sebagai mangsa agenda siber Korea Utara,” menurut laporan Pscore bertajuk Decoding Crimes: Unveiling North Korea Cyber…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya