MBOT tawar Program Pesisir, lahir tenaga kerja berkemahiran tinggi 

MBOT tawar Program Pesisir, lahir tenaga kerja berkemahiran tinggi 

Program pendidikan TVET membantu melahirkan tenaga berkemahiran tinggi untuk keperluan pembangunan negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) menawarkan Program Pesisir (Offshore) melalui program Ijazah Sarjana Muda Teknologi (B.Tech) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut MBOT,  program itu ditawarkan secara sepenuh atau separuh masa di lokasi luar kampus atau premis induk, di dalam atau luar negara.

Katanya, ia merupakan langkah pertama dalam melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi (B.Tech) yang melibatkan program teknologi dan teknikal di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Program TVET yang menerima akreditasi dari MBOT memberi penekanan kepada perkhidmatan teknologi iaitu pembangunan, pembuatan, pengujian, pentauliahan dan penyenggaraan.

”Ini bagi memastikan pelajar tidak hanya menerima pengetahuan teori, tetapi juga kemahiran praktikal yang relevan dengan industri semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

MBOT berkata, pengambilan pertama akan bermula pada tahun ini melibatkan program Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian.

Katanya, program itu turut mendapat kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan UMS.

”Program ini menggunakan kepakaran tenaga pengajar, mentor industri, serta kemudahan dan fasiliti di UMS bagi memastikan kualiti pembelajaran setanding dengan kampus induk,” katanya.

Tambahnya, inisiatif itu bakal membantu Sabah menyediakan tenaga kerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknologi dan teknikal seterusnya memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN