JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus berkurang walaupun hujan lebat turun semalaman di beberapa kawasan, dengan seramai 6,911 mangsa direkodkan setakat pukul 8 pagi, hari ini. Mangsa terdiri daripada 2068 keluarga itu berkurangan berbanding seramai 7,446 mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 6 petang, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, sebanyak 43 PPS masih beroperasi…