Lebih 600 kilogram makanan diselamatkan dalam tiga hari   

Lebih 600 kilogram makanan diselamatkan dalam tiga hari   

Bazar Ramadan membuka peluang perniagaan kepada rakyat. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 600 kilogram makanan terdiri daripada air minuman, kuih-muih, serta makanan berlauk berjaya diselamatkan dalam tempoh tiga hari melalui isiatif MySave Food @ Bazar Ramadhan 2025.

Inisiatif itu dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor.

Lebihan makanan itu diagihkan selepas waktu berbuka puasa untuk dijadikan juadah moreh di surau-surau  berdekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut UiTM, program MySave Food berlangsung dari 17 hingga 20 Mac lalu di Bazar Ramadan Saujana Utama dengan matlamat untuk mengurangkan pembaziran makanan melalui pengurusan sisa makanan secara strategik.

“Program MySave Food Ramadan bertujuan menyelamatkan lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk asnaf, pelajar dan komuniti setempat.

“Bagi memastikan kejayaan program ini, sekumpulan sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar FPP serta pasukan Gerakan Pengguna Siswa (GPS UCS) telah berganding bahu dalam mengumpul dan mengagihkan makanan,” katanya dalam kenyataan.

ADS:D

Katanya, pengagihan lebihan makanan itu diketuai Dr. Norashida Othman dan Ts. Dr. Siti Norida Wahab, dengan sokongan Pemuda GEMA Malaysia serta Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Sejak dilancarkan pada 2016, program MySave Food Ramadan telah berkembang ke peringkat nasional dan diiktiraf antarabangsa. Program ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran makanan, tetapi juga memberi manfaat besar kepada penerima. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN