Kongsi Berkat Bubur Lambuk ceriakan penduduk Rembau

Kongsi Berkat Bubur Lambuk ceriakan penduduk Rembau

MOHD. Roslan Mahayudin (tengah) menyampaikan bubur lambuk menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk 2025 sambil diperhatikan oleh Ahmad Hilal Kasim (tiga dari kanan), Abd. Wahid Idris (dua dari kanan), Nabil Ahmad (kanan) dan Mohd. Jazri Ikmal Hijaz (empat dari kanan) di Pejabat JHEAINS Daerah Rembau, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Senyuman manis penduduk daerah ini termasuk dalam kalangan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Rembau di sini terukir apabila mereka menerima bubur lambuk secara pandu lalu di pekarangan pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Cawangan Rembau, di sini semalam.

Pengagihan tersebut menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk dianjurkan syarikat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) dan Media Mulia Sdn. Bhd. dengan kerjasama JHEAINS Rembau.

Selain menerima bubur lambuk, pelajar istimewa yang ditemani ibu bapa serta penjaga masing-masing, turut menerima duit raya serta barangan eksklusif Mahsuri Dagang dan Media Mulia.

Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk diagihkan bersama oleh Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Dagang, Datuk Mohd. Ros­lan Mahayudin; Pegawai Agama Islam Daerah Rembau, Ahmad Hilal Kasim; Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia, Abd. Wahid Idris serta pelawak dan pe­ngacara terkenal, Nabil Ahmad.

Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, pihaknya memilih JHEAINS Rembau sebagai lokasi terakhir program ersebut.

“Program terakhir ini adalah fasa ketiga bersama Media Mulia. Bagi Mahsuri Dagang sendiri, ini adalah pengagihan kali kelima dan secara keseluruhannya kami telah mengagihkan sebanyak 24,000 bubur lambuk sepanjang Ramadan ini.

“Istimewanya, kami bersama JHEAINS di Rembau yang menjadi bukti bahawa produk Mahsuri Dagang adalah halal. Semua produk kami juga sesuai dengan selera masyarakat di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Hilal menyambut baik usaha syarikat korporat seperti Mahsuri Dagang serta Media Mulia dalam menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan dengan aktiviti bersedekah makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN