Israel bebas 30 tahanan Palestin dalam keadaan sakit

Israel bebas 30 tahanan Palestin dalam keadaan sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Israel membebaskan kira-kira 30 tahanan Palestin yang menamatkan hukuman hari ini, dalam keadaan kesihatan merosot dan sebahagiannya memerlukan rawatan segera di hospital.

Persatuan Tahanan Palestin dalam kenyataan berkata, ramai antara tahanan yang dibebaskan, terutama dari Penjara Megiddo di utara Israel, mengalami kudis dan komplikasi lain akibat dipenjara secara kejam.

Foto dikongsi oleh organisasi tersebut menunjukkan tanda-tanda penganiayaan dan pengabaian yang teruk.

Antara tahanan dibebaskan ialah Saeed Salameh, yang menghabiskan hidup selama 24 tahun di penjara.

Beberapa tahanan dilaporkan dipukul dengan teruk sehingga saat mereka dibebaskan, menurut kenyataan tersebut.

24 Mac lalu, Pejabat Media Tahanan Palestin mendakwa pihak berkuasa Israel sengaja menyebarkan kudis dalam kalangan tahanan Palestin di Penjara Gilboa dan Megiddo, menyebabkan kepada beberapa kematian.

Kumpulan hak asasi manusia mengecam penderaan terhadap tahanan Palestin dan menggesa siasatan segera mengenai layanan di penjara Israel.

Pihak berkuasa Palestin menganggarkan sekurang-kurangnya 63 tahanan meninggal dunia di penjara Israel sejak bermula perang Gaza pada Oktober 2023.

Angka juga menunjukkan sekitar 300 tahanan kehilangan nyawa dalam penjara Israel sejak pendudukan rejim di Tebing Barat serta Gaza pada 1967.

Oktober lalu, akhbar Israel, Haaretz, melaporkan penganiayaan dan penderaan sistematik terhadap tahanan Palestin masih meluas.– ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN