Ibu tunggal jadi penghantar barang demi sara anak

Ibu tunggal jadi penghantar barang demi sara anak

SHARIFAH Fatimatul Muzaffar menyusun barang yang hendak dihantar kepada pelanggan di pasar raya Kip Mart Bachang, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Walaupun memiliki diploma dalam bidang perakaunan, seorang ibu tunggal memilih pekerjaan sebagai penghantar barangan sebagai sumber rezeki untuk menyara diri dan seorang anaknya berusia 16 tahun.

Sharifah Fatimatul Muzaffar, 35, dari Melaka Baru di sini berkata, dia tidak menyesal atau malu memilih kerjaya itu sejak dua tahun lalu selepas berpisah dengan suaminya.

Katanya, sejak bergelar ibu tunggal dia perlu melakukan pelbagai kerja bagi menampung kehidupannya dua beranak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akhirnya saya ambil keputusan untuk jadi penghantar barang dengan sebuah syarikat sejak dua tahun lalu, itu pun setelah melihat beberapa rakan dapat menyara keluarga dengan kerja ini.

“Saya sikit pun tidak rasa segan malah seronok dengan kerja ini kerana tidak merasa terbeban dan mempunyai masa yang fleksibel. Saya boleh pilih bila mahu cuti, jika tidak ada hal penting hujung minggu pun saya kerja.

“Alhamdulillah pendapatan sebulan sehingga RM3,500 sudah cukup untuk saya menyara anak yang masih sekolah cuma agak penat sikit apabila pagi-pagi terpaksa mengumpul banyak barang untuk diedarkan di sekitar Bukit Beruang,” ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Sharifah Fatimatul berkata, biarpun melalui rutin yang memenatkan, pendapatan diperoleh daripada kerjanya itu juga dapat melunaskan hutang-hutang yang ditanggung.

“Sekarang ini sayalah ibu dan bapa kepada anak dan sebagai ketua keluarga, yang penting sekarang perlu cari pendapatan tanpa mengira apa jenis pekerjaan asalkan ia halal.

“Bila jadi macam ini saya tak boleh kata tidak dan hanya tunggu mengharapkan bantuan, saya kena cari bagaimana cara untuk tanggung kehidupan saya dan anak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN