KUALA TERENGGANU: Bekas pemain Terengganu FC (TFC) dan T-Team, Fakhrurazi Musa mengambil peluang menjual baju Melayu dan samping di Terengganu Trade Center (TTC) di sini pada Ramadan tahun ini. Fakhrurazi, 34, yang juga bekas pemain skuad Harimau Muda B menjalankan peniagaan tersebut buat pertama kali pada Ramadan ini bersama rakan kongsinya, Akraw Anwar, 27. Katanya, perniagaan yang diceburi ini bertujuan menambah pendapatan selain bertemu bersama peminat bola sepak di negeri…










