KOTA KINABALU: Dua maut termasuk bayi berusia enam bulan dalam kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 6.28 pagi, yang menyatakan sebuah kenderaan Proton Saga FLX hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.
Katanya, terdapat tujuh mangsa yang terlibat iaitu empat dewasa, dua kanak-kanak dan seorang bayi.
“Enam mangsa dikeluarkan dan dihantar orang awam ke hospital manakala seorang mangsa tersepit dikeluarkan pasukan bomba.
“Bayi lelaki berusia enam bulan dan seorang wanita meninggal dunia dalam insiden tersebut manakala lima orang lagi cedera ringan,” katanya satu kenyataan.-UTUSAN