ATM perlu aset moden dan latihan berterusan – PM

ATM perlu aset moden dan latihan berterusan – PM

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai selepas solat Jumaat di Pangkalan TUDM Subang. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memastikan semua keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk perolehan aset moden dan latihan yang berterusan.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu penting dalam menjamin keselamatan negara.

Tegasnya, pemodenan aset dan latihan berterusan menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan pasukan tersebut sentiasa bersedia menghadapi cabaran keselamatan.

“ATM perlu sentiasa bersedia dengan aset moden dan latihan yang mencukupi dan kerajaan akan memastikan semua keperluan ini dipenuhi,” katanya menerusi satu kenya­taan semalam.

Terdahulu beliau berkunjung ke Pangkalan TUDM Subang untuk sesi libat urus bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM serta mendapatkan perkembangan terkini terkait kesiapsiagaan pertahanan negara.

Anwar berkata, soal kepim­pi­nan dan pengurusan, kebajikan, kerjasama dan kebersamaan seluruh pihak turut diberi perhatian selain mengenalpasti masalah atau isu yang berbangkit dalam mencari penyelesaian tuntas.

“Saya juga meminta sinergi baharu diwujudkan supaya eko­sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) Pertahanan terus maju ke hadapan seiring dengan perubahan dan kecanggihan teknologi dunia masa kini,” ujarnya.

Pada program itu, Perdana Menteri turut beramah mesra dengan juruterbang-juruterbang yang terlibat dalam pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti sambutan Hari Kemerdekaan serta siri pameran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Beliau turut melahirkan peng­hargaan atas kemampuan dan keupayaan mengendali pesawat dengan begitu cekap dan meyakinkan.

“Ini membuktikan kemampuan anak watan dalam mengendali pesawat yang canggih dan moden dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara pada tahap terbaik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN