261 laporan polis berkaitan isu hina Islam, Hindu

261 laporan polis berkaitan isu hina Islam, Hindu

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menerima sebanyak 261 laporan polis di seluruh negara berkaitan isu penghinaan agama Islam dan Hindu yang menjadi kontroversi baru-baru ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah laporan terbabit dibuat terhadap Zamri Vinoth iaitu 150 laporan, EraFM (73), Ganesparan (1) dan Vijayan Savarinathan (37).

Terbaharu, katanya, pihak polis menerima laporan daripada pengadu berusia 48 tahun di Iskandar Puteri, Johor berkaitan satu hantaran yang dimuat naik di Facebook milik Zamri Vinoth yang didakwa menghina agama Hindu.

“Susulan itu, kami menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan  dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. 

Menurutnya, pihak polis telah merakam keterangan Zamri Vinoth dan kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini.

“Bagi siasatan EraFM, kertas siasatan masih dalam kajian AGC setelah diserahkan Khamis.

“Untuk siasatan terhadap Ganesparan, profiling daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih belum diperoleh namun dia percayai menetap di luar negara.

“Kami juga mendapati individu yang didakwa menghina agama Islam iaitu Vijayan Savarinathan Melbourne, Australia dan semakan rekod pergerakan keluar dan masuk suspek masih belum diperoleh daripada pihak Imigresen,” katanya. 

Baru-baru ini, beberapa siasatan dijalankan pihak polis berkaitan dakwaan menghina agama Islam dan Hindu. 

Ia termasuk membabitkan video tular melibatkan tiga penyampai radio yang didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu dan video tular dimuat naik di Facebook milik seorang lelaki disyaki menghina agama Islam serta mengeluarkan kata-kata lucah melampau.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya