UK mahu tubuh badan tangani Islamofobia

UK mahu tubuh badan tangani Islamofobia

PENUNJUK perasaan memegang sepanduk anti perkauman dalam demonstrasi pad Hari Protes Kebangsaan, di luar ibu pejabat parti politik Reform UK, di London, pada 10 Ogos 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: United Kingdom (UK) merancang untuk menubuhkan sebuah badan yang berfungsi memberikan nasihat kepada kerajaan dan membincangkan isu berkaitan Islamofobia.

Majlis yang akan ditubuhkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Angela Rayner itu bakal mempunyai 16 anggota, yang berperanan membantu merangka definisi rasmi baharu bagi Islamofobia di UK.

Akhbar The Daily Telegraph melaporkan, Rayner bercadang menubuhkan sebuah majlis sama bagi menangani antisemitisme, di samping merancang memperluaskan pelaporan insiden kebencian anti-Islam dan anti-Yahudi di UK.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Menteri Konservatif, Dominic Grieve didakwa dinamakan untuk mengetuai majlis tersebut, memandangkan beliau sebelum ini pernah mempengerusikan Suruhanjaya Rakyat UK mengenai Islam.

Selain itu, seorang imam yang berpangkalan di Leeds dan sebelum ini berkhidmat sebagai penasihat kepada kerajaan, Qari Asim, turut disenaraikan untuk menganggotai majlis tersebut.

Grieve pernah menulis untuk laporan kumpulan parlimen merentas parti pada 2018, menetapkan definisi Islamofobia, yang kemudiannya diterima pakai oleh Parti Buruh.

Laporan itu menyimpulkan bahawa Islamofobia berakar umbi dalam perkauman dan merupakan sejenis perkauman yang menyasarkan ekspresi Islam atau yang dianggap muslim.

Memetik laporan The Daily Telegraph, Grieve mengesahkan masih belum dimaklumkan mengenai tawaran untuk mengetuai majlis baharu tersebut.

“Jika saya dapat membantu dalam sesuatu yang membina seperti yang diminta oleh pihak kerajaan yang bebas daripada politik kepartian, saya bersedia untuk mempertimbangkannya.

“Ia bergantung kepada peranan, sama ada saya boleh memberi nilai tambah serta membantu perkhidmatan awam secara lebih luas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN