Terowong seludup ganja di Sepanyol terbongkar

Terowong seludup ganja di Sepanyol terbongkar

FOTO edaran pihak berkuasa Sepanyol menunjukkan pintu masuk terowong sepanjang 50 meter, di kawasan Ceute, yang dipercayai digunakan untuk mengangkut dadah dari Maghribi.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Polis Sepanyol berjaya membongkar kewujudan sebuah terowong rahsia yang dipercayai digunakan untuk penyeludupan ganja dari wilayah Maghribi ke wilayah Ceuta, di negara itu.

Pasukan Pengawal Awam Sepanyol dalam kenyataan berkata, terowong tersebut ditemukan ketika pihak berkuasa menjalankan operasi membanteras penyeludupan dadah.

Polis berkata, terowong bawah tanah sepanjang puluhan meter dengan kedalaman 12 meter, ditemukan semasa pemeriksaan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Ceuta, wilayah kecil yang terletak di pantai Mediterranean utara Maghribi.

“Terowong ini bersaiz kecil dan diperkuat dengan struktur kayu. Ia berkemungkinan digunakan untuk mengangkut dadah dari Maghribi ke Sepanyol,” kata kenyataan itu.

Media Sepanyol melaporkan, terowong itu berukuran sekurang-kurangnya 50 meter, bermula dari wilayah Maghribi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi menentukan lokasi sebenar penghujung laluan itu.

Penemuan itu adalah sebahagian daripada ‘Operasi Hades’, tindakan tegas pihak berkuasa terhadap sindiket penyeludupan ganja menggunakan lori ke Sepanyol.

Setakat ini, operasi tersebut membawa kepada penahanan 14 individu dalam tempoh tiga minggu, termasuk dua anggota polis, selain merampas 6,000 kilogram dadah.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN