WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tetap meneruskan tarif import yang sepatutnya dikenakan terhadap Kanada dan Mexico. Presiden AS, Donald Trump menegaskan perkara itu selepas bertemu dengan rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron, yang menggesa ‘persaingan adil’ dalam perdagangan. “Tarif akan diteruskan mengikut jadual,” kata Trump dalam satu sidang akhbar, kelmarin. Perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu, yang tertumpu kepada konflik Ukraine, berlangsung ketika Trump mengancam sekutu dan lawan dengan tarif baharu, sehingga…










