Speaker sokong titah Agong, seru politik beradab, matang

Speaker sokong titah Agong, seru politik beradab, matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Dr. Johari Abdul Ghani, memberi peringatan kepada semua Ahli Parlimen untuk mengamalkan budaya politik  matang, seperti  dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, sebagai institusi tertinggi demokrasi negara, Parlimen harus menjadi medan perbahasan yang sihat dan konstruktif, bukan medan pertelingkahan yang memecah-belahkan rakyat.

“Saya menyambut baik Titah Diraja yang telah disampaikan oleh Seri Paduka, oleh itu, ini merupakan satu peringatan yang amat bermakna bagi semua Ahli Parlimen memperjuangkan kepentingan rakyat secara beretika,” katanya menerusi satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seri Paduka dalam Titah Diraja pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 mengingatkan Ahli-ahli Parlimen untuk tidak menggunakan persidangan Dewan Rakyat sebagai saluran untuk memaki hamun atau menabur fitnah kepada seteru politik mereka.

Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk bertegak urat tetapi ia adalah tempat untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.

Baginda bertitah, Ahli-ahli Parlimen hendaklah menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya agen perpecahan rakyat

Dalam pada itu, Johari turut menyeru semua Ahli Parlimen untuk memainkan peranan aktif dalam diplomasi serantau supaya kedudukan negara di peringkat antarabangsa dapat diperkukuh.

“Kepengerusian Malaysia dalam Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) sangat penting kerana akan membuka peluang negara untuk menerajui agenda kerjasama serantau dan memastikan suara Parlimen ASEAN terus relevan dalam menangani cabaran global.

“Maka, diplomasi Parlimen harus digerakkan secara aktif untuk mengukuhkan hubungan serantau serta mempromosikan kestabilan, keamanan, dan kemakmuran ASEAN,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini