Peruntukan RM9 juta hantar guru ikuti kursus AI di luar negara - Utusan Malaysia

Peruntukan RM9 juta hantar guru ikuti kursus AI di luar negara

Ruji Ubi menyampaikan bantuan awal persekolahan RM150 kepada murid tahun 1 sempena Lawatan Kerja pada hari pertama pembukaan persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 di SK Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Warga pendidik yang berpotensi berpeluang dihantar menjalani kursus ke luar negara dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan (AI) menerusi peruntukan RM9 juta yang diluluskan minggu lalu bermula tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Ruji Ubi berkata, guru-guru yang terpilih akan dihantar menjalani latihan di beberapa institusi ternama termasuk di Singapura dan Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, pihak kementerian mungkin akan menghantar antara 20 hingga 50 guru bagi menjalani kursus yang akan mengambil masa antara sebulan hingga tiga bulan.

Jelasnya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Pengarah Pendidikan dalam masa terdekat bagi mengenalpasti guru-guru yang sedang berkhidmat sama ada di peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.

Beliau berkata, peruntukan RM9 juta itu telah diluluskan minggu lalu dan pihak kementerian memerlukan tempoh antara sebulan atau dua bulan bagi mengenal pasti calon serta mengenal pasti universiti ternama bagi menjalani kursus tersebut.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sentiasa menyebut berulang kali mengenai kualiti akses pendidikan negara bukan hanya bercakap mengenai infra atau kurikulum tetapi guru yang mengajar itu juga harus ditingkatkan dari segi kemahiran mentadbir.

“Ini sudah tentunya ingin melahirkan masyarakat madani yang lebih kompeten, yang lebih ihsan dan lebih prihatin dan saya rasa usaha menghantar warga pendidik ke luar negara adalah relevan,” ujarnya kepada pemberita sempena Lawatan Kerja pada hari pertama pembukaan persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ruji berkata, sebelum ini guru-guru hanya dihantar menjalani kursus berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PDP) dan kepimpinan di sekolah di dalam negara iaitu di Institut Aminuddin Baki (IAB).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya