BEIRUT: Presiden Lubnan, Joseph Aoun mengumumkan pembentukan kerajaan baharu setelah lebih dua tahun berada di bawah Kabinet sementara, ketika negara berdepan krisis politik dan kejatuhan ekonomi. Pejabat presiden mengesahkan peletakan jawatan kerajaan sementara dan pelantikan Kabinet baharu diketuai Perdana Menteri, Nawaf Salam dengan dibarisi 24 menteri, yang menjadikannya kerajaan lengkap pertama negara itu sejak 2022. Kabinet kini diberi tanggungjawab untuk merangka dasar iaitu garis panduan umum mengenai pendekatan kerajaan akan…










