ARAU: Perikatan Nasional (PN) perlu menyelaraskan gerak kerja bersama dari awal bagi mengelak sebarang pertembungan khususnya dalam pemilihan calon menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin (gambar) berkata, kedua-dua parti itu perlu menyelaraskan aktiviti dan program bersama di peringkat pusat, cawangan dan kawasan serta bukannya menunggu sehingga pilihan raya. Katanya, itu penting bagi mengukuhkan lagi kerjasama selain menunjukkan parti-parti berkenaan bekerja bersama. “Saya rasa sepatutnya…









