Elak berlaku pencatutan, KPDN periksa bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Elak berlaku pencatutan, KPDN periksa bazar Ramadan

FUZIAH Salleh semasa mengadakan tinjauan harga barang kelengkapan sekolah di Servey Hypermarket, Putatan hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melakukan pemantauan harga jualan makanan dan minuman di bazar-bazar Ramadan di seluruh negara bagi mengelak berlaku pencatutan.

Timbalan Menterinya, Senator Dr Fuziah Salleh berkata, selama ini pemeriksaan harga hanya dilakukan di pasar raya, pasar mini serta pasar basah namun, pada tahun ini pemeriksaan akan diperluas ke bazar-bazar Ramadan.

“Menjelang Ramadan kali ini, kita akan terus melakukan pemantauan dan penguat kuasa KPDN akan turun ke semua tempat termasuk bazar Ramadan untuk memastikan tiada elemen pencatutan yang berlaku.

“Kita akan tambah bazar Ramadan sebagai salah satu premis yang akan diperiksa,” katanya semasa mengadakan tinjauan barang kelengkapan sekolah di Pasar Raya Servey Hypermarket, hari ini.

Mengenai bekalan minyak masak paket bersubsidi, Fuziah berkata, beliau akan memastikan tidak berlaku kekurangan minyak masak paket bersubsidi di negeri ini.

Beliau berkata, ketika ini Sabah menerima sebanyak 5, 733 metrik tan minyak paket bersubsidi yang diagihkan ke seluruh negeri ini.

“Setakat yang dimaklumkan, ada kawasan yang tidak mencukupi. Jadi mungkin kita akan tengok bagaimana kita punya agihan minyak bersubsidi di setiap zon.

“Mungkin ada masa-masa tertentu, pengeluaran minyak paket terhenti sebab mereka kehabisan bekalan disebabkan bekalan ketika itu kurang. Namun, secara umumnya, bekalan minyak masak paket stabil di kawasan ini.

“Malah, melalui Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) memang ada minyak masak paket, ini antara langkah memastikan rakyat dapat menikmati barangan bersubsidi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN