PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia semakin kukuh apabila muncul sebagai antara negara ASEAN dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbaik tahun lalu, sekali gus memasuki 2025 dengan asas yang mantap. KDNK sepanjang tahun 2024 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus, lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada 2023. Pelaburan Langsung Asing (FDI) tahun lalu juga kekal kukuh dengan aliran masuk bersih RM47.4 bilion, menggambarkan keyakinan pelabur terhadap industri utama Malaysia khususnya teknologi…










