ASEAN perlu rantaian bekalan kukuh

ASEAN perlu rantaian bekalan kukuh

ANWAR Ibrahim bersama para pemimpin ASEAN termasuk, Pham Minh Chinh (lima dari kiri) ketika menyertai Forum Masa Depan ASEAN di Hanoi semalam. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ASEAN perlu mempunyai bekalan rantaian yang kukuh dalam mendepani cabaran geostrategik termasuk kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua negara dalam pertubuhan serantau itu juga perlu memastikan sebarang keuntungan daripada pelaburan dan perdagangan diagih secara adil.

Katanya, ini dapat mengurangkan jurang sedia ada dalam kalangan negara anggota pada masa akan datang.

“Jurang pembangunan ekonomi dalam kalangan negara anggota amat ketara. Ada negara yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi 34 kali ganda daripada yang lain.

“Ia satu cabaran yang perlu ditangani secara kolektif dan kita perlu memastikan komitmen agar tiada negara anggota yang ketinggalan mencapai pertumbuhan ekonomi,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN 2025 di Hanoi, Vietnam, semalam.

Anwar tiba di Hanoi, kelmarin bagi lawatan kerja selama dua hari ke negara itu yang juga merupakan lawatan kerja pertama beliau ke Vietnam sejak Malaysia memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Dalam lawatan itu, Anwar turut mengadakan pertemuan bersama Presiden Republik Demokratik Timor Leste, José Ramos-Horta selain Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.

Dalam pada itu, Anwar berkata, ASEAN kini memainkan peranan sebagai kuasa dinamik yang berpengaruh dan bukan sekadar pemerhati melibatkan isu global.

Menurutnya, ASEAN sudah mengalami proses transformasi dengan berlandaskan prinsip kebersamaan dalam kemajuan serta keadilan.

Beliau pada masa yang sama bersetuju dengan pandangan Minh Chinh yang menggambarkan ASEAN sebagai rantau luar biasa.

“Saya setuju dengan kenyata­an bahawa ASEAN rantau luar biasa,” jelasnya.

Anwar memberitahu, Malaysia serius melabur dalam tenaga hijau termasuk projek tenaga berasaskan angin di selatan Vietnam.

Beliau berkata, ia terbukti menerusi inisiatif utama perkongsian Gentari da Petroviet­nam dengan melibatkan langkah-langkah strategik.

Katanya, usaha tersebut dapat memperkukuhkan kese­lamatan tenaga serantau dan memastikan peralihan yang lebih mampan.

“Petronas dan Petrovietnam akan mempercepatkan kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam, merangkumi aktiviti dalam sektor huluan, aliran, gas, dan tenaga boleh diperbaharui.

“Terutama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, syarikat minyak kedua-dua negara sedang aktif memobilisasi kerjasama dalam penjanaan tenaga dan penyambungan grid dari Vietnam ke Malaysia. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Grid Kuasa ASEAN (APG) yang bertujuan memperkukuhkan keselamatan tenaga di rantau ASEAN melalui integrasi infrastruktur tenaga,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia turut menekankan kepentingan untuk mengekalkan kestabilan di Laut China Selatan dengan memastikan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa serta mempercepatkan rundi­ngan mengenai Kod Etika (COC).

Menyentuh mengenai isu Myanmar, beliau mendesak kemajuan yang sebenar dan mampan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) dapat dicapai bagi mengelakkan krisis bertambah buruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×