KLUANG: Seorang wanita dan suaminya nekad mengejar kereta dinaiki tiga lelaki yang melepaskan enam das tembakan di hadapan rumah mereka di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam di sini, kelmarin. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dian berkata, mereka mengejar sejauh dua kilometer bagi mendapatkan nombor plat kereta Perodua Bezza yang digunakan kumpulan penjenayah itu agar dapat dilaporkan kepada polis. “Ketika kejadian saya dan suami baharu pulang dari sekolah agama…










