Wajibkan prasekolah langkah terbaik atasi masalah kuasai 3M

Wajibkan prasekolah langkah terbaik atasi masalah penguasaan 3M

prasekolah
KERAJAAN se­harusnya mewajibkan pendi­dikan prasekolah bagi semua kanak-kanak sejak mereka berumur enam tahun agar masalah penguasaan 3M dapat diatasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mewajibkan pendidikan prasekolah merupakan antara langkah terbaik bagi mengatasi masalah pe­nguasaan kemahiran memba­ca, menulis dan mengira (3M) da­lam kalangan kanak-kanak.

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, kerajaan juga perlu menempatkan guru terbaik di tahun satu untuk memastikan tiada lagi murid mengalami keciciran 3M.

Jelasnya, masalah 3M selalunya berlaku kepada murid yang tidak menghadiri prasekolah, terutamanya yang berasal daripada keluarga miskin atau luar bandar.

Beliau berkata, kerajaan se­harusnya mewajibkan pendi­dikan prasekolah bagi semua kanak-kanak sejak mereka berumur enam tahun agar masalah penguasaan 3M dapat diatasi.

“Dalam sistem pendidikan global, terdapat variasi umur untuk memulakan prasekolah. Sebagai contoh di England, kanak-kanak mula bersekolah seawal usia empat tahun.

“Sebahagian besar negara lain pula, pendidikan formal bermula pada umur enam tahun. Di Malaysia, kanak-kanak biasanya dihantar ke prasekolah pada umur lima atau enam tahun, tetapi ia masih belum diwajibkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, pihak sekolah perlu mengenal pasti murid yang tidak mampu menguasai kemahiran 3M supaya intervensi dapat dilaksanakan seawal mungkin.

Pakar Pendidikan, Prof. Mad­ya Dr. Salleh Amat berkata, se­barang campur tangan yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan juga perlulah telus agar punca sebenar kanak-kanak tersebut tidak dapat menguasai 3M dapat dikenal pasti.

Dalam pada itu, data pada tahun 2024 menunjukkan, se­ramai 122,000 orang murid tahun satu bagi sesi akademik tahun ini di seluruh negara dikesan masih belum menguasai kemahiran 3M.

Sementara itu, menurut Anu­ar, kajian menunjukkan usia lima tahun adalah paling ideal untuk kanak-kanak memulakan pendidikan prasekolah kerana mereka dapat membina asas 3M tanpa sebarang tekanan.

“Malah, ia memberi masa yang mencukupi untuk kanak-kanak membiasakan diri sebelum memasuki tahun datu.

“Namun, yang lebih penting ialah memastikan pendidikan prasekolah diwajibkan supaya tiada murid tercicir daripada mendapatkan asas pendidikan yang penting ini,” katanya.

Selain itu, Anuar berkata, me­nurut laporan Bank Dunia 2023, masih terdapat ramai te­naga pengajar di prasekolah, khususnya di tadika swasta, yang tidak mempunyai diplo­ma dalam pendidikan awal ka­nak-kanak.

“Ini adalah satu perkara yang membimbangkan kerana guru di peringkat ini sepatutnya mempunyai latihan khusus da­lam menangani pembelajaran awal kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN