LANGKAWI: Perancangan dan pelaksanaan visa tunggal pelancong menjadi satu daripada agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia selaras dengan konsep integrasi dan kebersamaan yang diketengahkan dalam tema tahun ini, menyaksikan semua negara anggota bekerjasama meningkatkan pertumbuhan ekonomi antara satu sama lain. “Ramai orang datang ke Malaysia dan kemudian mereka mahu ke Singapura atau Thailand atau dari Thailand mereka datang ke Malaysia.…











