KUALA LUMPUR: Pelakon, Nora Danish, mengakui tidak mudah menggantikan solat fardu yang pernah ditinggalkannya, malah menangis semasa awal-awal melakukan qada solat kerana terlalu penat. “Sejak saya akil baligh memang banyak solat yang saya tinggalkan. Jadi sekarang, selepas habis solat fardu, saya akan tambah dengan solat ganti. “Contohnya, selepas solat zuhur empat rakaat, saya akan sambung lagi solat ganti dengan rakaat yang sama. Saya akan melakukan ini sampai akhir nafas saya.…









