MOSCOW: Russia mendakwa pasukannya berjaya menguasai dua lagi penempatan di wilayah Donetsk, timur Ukraine, dalam kemaraan berterusan ke arah Barat. Menurut Kementerian Pertahanan Russia, pasukannya kini menguasai perkampungan Petropavlivka, terletak di antara bandar Pokrovsk dan Kurakhove, kawasan yang menjadi tumpuan pertempuran sengit beberapa bulan kebelakangan ini. Selain itu, Vremivka, satu daripada beberapa pekan kecil di bahagian selatan Donetsk, turut berada dalam kawalan negara itu. Russia juga melaporkan menyerang kemudahan ketenteraan…










