‘Runding baik-baik, jika BN mahu kerjasama dengan PH’

‘Runding baik-baik, jika BN mahu kerjasama dengan PH’

PKR sentiasa terbuka untuk ker­jasama dengan semua pihak ter­masuk BN mahupun Gagasan Rak­yat Sabah (GRS). - Razeef Rakimin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Runding baik-baik jika Barisan Nasional (BN) mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pi­lihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, PKR sentiasa terbuka untuk ker­jasama dengan semua pihak ter­masuk BN mahupun Gagasan Rak­yat Sabah (GRS).

Namun, sekiranya mahu be­kerjasama, datanglah jumpa de­ngan PH.

“Kami tidak peduli apa urusan UMNO, hendak ikut arahan Pusat mereka atau tidak itu bukan urusan kami. Namun kalau mahu bekerjasama, datanglah menghadap kami, kita runding baik-baik.

“Kalau ada kata sepakat, kita bersama, kalau tiada kata sepakat, maka kita lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Razeef yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR berkata, seperti dimaklumkan pada sidang akhbar pada 2 November lalu, PKR Sabah mempunyai autonomi sendiri rakan kerjasama.

Jelasnya, tidak ada pihak bo­leh paksa mereka untuk berkerjasama dengan sesiapa kerana mereka lebih faham isu dan sentimen di Sabah.

Sebelum ini Ketua Penera­ngan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menyatakan UMNO Sabah mempunyai autonomi sendiri da­lam menentukan kerjasama.

Walaupun pimpinan BN pusat mahu BN bekerjasama dengan PH Sabah kerana kedua-dua gabungan itu menjadi tonggak utama pembentukan kerajaan Perpaduan di peringkat pusat namun, UMNO/BN Sabah ada autonomi sendiri untuk memi­lih rakan kerjasama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×