Penampilan sebenar penstrim terkenal China kejutkan peminat

Penampilan sebenar penstrim terkenal China kejutkan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIANGSU: Seorang penstrim permainan video terkenal dari China mengejutkan ribuan peminat kerana penampilannya ketika menghadiri majlis anugerah berbeza daripada gambar profil yang biasa digunakan.

Penstrim yang dikenali sebagai You Chong menerima Anugerah 12 Streamer Paling Popular daripada pencipta permainan perlumbaan dalam talian, QQ Speed.

You Chong, yang dikenali kerana kandungan siarannya yang menarik serta penerangan teknik perlumbaannya yang jelas, mempunyai ramai pengikut dalam kalangan peminat permainan video.

Majlis penganugerahan yang diadakan di Taicang, wilayah Jiangsu pada 19 Januari lalu menyaksikan para peminat teruja melihat streamer kegemaran mereka diiktiraf.

Namun, mereka dikejutkan dengan penampilan sebenar You Chong yang pertama kali dilihat secara langsung.

Selepas menerima anugerah, You Chong menyampaikan ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan kepada pihak penganjur.

Namun, suasana tiba-tiba bertukar sunyi sejurus ucapan tamat, apabila para hadirin serta penonton dalam talian tergamam melihat penampilannya yang berbeza daripada jangkaan berdasarkan gambar profil.

Insiden ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, di mana sebahagian pengguna menuduh You Chong menipu peminat dengan menggunakan gambar palsu, sementara sebahagian lagi mempertahankannya.

“Kehebatan dan pendekatan menarik You Chong dalam permainan harus dihargai, bukan penampilannya,” ujar salah seorang peminat yang mempertahankannya.

Kisah itu turut menjadi perbincangan hangat dalam kalangan komuniti permainan video di seluruh dunia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN