Pelombong terperangkap dalam lombong arang batu di India

Pelombong terperangkap dalam lombong arang batu di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Beberapa pelombong dikhuatiri terperangkap di dalam lombong arang batu di kawasan terpencil di timur laut negeri Assam, India, semalam.

Sehingga petang semalam, operasi menyelamat masih dijalankan dengan bantuan tentera dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti jumlah sebenar mangsa terperangkap, kata Ketua Pengarah Polis Assam, GP Singh.

“Setakat ini, maklumat menunjukkan jumlahnya mungkin dalam satu digit. Pasukan tindak balas bencana negeri (SDRF) dikerahkan,” katanya.

Lombong tersebut terletak di kawasan terpencil di daerah berbukit Dima Hasao, Assam.

Media tempatan melaporkan, pelombong itu terperangkap akibat banjir.

“Kami meminta bantuan tentera dalam operasi menyelamat yang sedang dijalankan.

“SDRF dan pasukan tindak balas bencana kebangsaan (NDRF) juga dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk membantu usaha menyelamat,” kata Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma di X.

Menurut laporan Reuters, kawasan tersebut sangat terpencil dan sukar untuk diakses.

Kejadian bencana berkaitan lombong arang batu di bahagian terpencil India bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Dalam satu tragedi terbesar pada 2019, sekurang-kurangnya 15 pelombong tertimbus ketika bekerja di sebuah lombong haram di negeri jiran Meghalaya selepas air dari sungai membanjiri kawasan tersebut.– REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN