Pelantikan Trump bawa ketidaktentuan

Pelantikan Trump bawa ketidaktentuan

ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Sementara Belgium, Alexander De Croo (kanan) di Brussel, Belgium pada 20 Januari 2025. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) Ke-47 bakal mencetuskan sedikit ketidaktentuan terutama kepada perdagangan dunia ekoran sikap agresifnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun ia hanya sementara dan akan kembali normal selepas lima atau enam bulan.

Ini kerana banyak pihak percaya tarif tidak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang ‘terlalu negatif’ dan AS ingin melindungi kepentingannya.

Anwar yakin ‘rasionaliti’ akan menang’ dan sistem perdagangan global akan terus ber fungsi seperti biasa.

“Terdapat banyak konglomerat dan syarikat AS yang mempunyai kepentingan dan pergantungan yang besar terhadap perdagangan dan pelaburan luar negara,” katanya dalam temu bual bersama Financial Times sempena Forum Ekonomi Dunia
(WEF) di Davos, Switzerland.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu adalah antara rumusan daripada perbincangannya de­ngan pemimpin dunia ekoran kebimbangan pelantikan kali kedua Trump sebagai Presi­den AS yang berkemungkinan membawa kemelut ekonomi panjang di Asia.

Kata Anwar, antara pe­mimpin dunia yang berkongsi pandangan sama termasuk Presi­den China, Xi Jinping dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed bin Zayed.

Menurut Anwar, dalam jangka panjang, halangan perdagangan tidak akan membantu kerana saling kebergantu­ngan itu sangat tinggi.

Ketika berucap di London semasa lawatan rasmi ke United Kingdom (UK) baru-baru ini, Perdana Menteri berkata, bagi kebanyakan orang di luar negara Barat, Trump dilihat ‘lebih bertekad dan lebih jelas’ berbanding Joe Biden.

“Presiden yang dipilih itu tidak menunjukkan ‘pendirian yang kabur atau tidak pasti’ ” tambahnya.

Namun, Anwar berkata, masih terlalu awal untuk me­ngatakan sama ada Trump akan lebih mudah diajak berunding berbanding Biden.

“Masih terlalu awal,” kata­nya dalam temubual itu.

Sebagai negara sedang pesat membangun kata Anwar, Malaysia berusaha untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan AS dan China walaupun kedua-dua negara itu berdepan ketegangan berkaitan isu keselamatan dan ekonomi.

“Kita berhubung baik de­ngan AS tetapi mereka tidak melibatkan diri di rantau ini seperti yang mereka lakukan dahulu. China dalam hal ini menunjukkan sikap yang lebih positif,” katanya.

Menurut Anwar, AS telah mengabaikan tumpuannya ter­hadap Asia, mungkin dise­babkan fokus beralih kepada pencerobohan Russi ke atas Ukraine.

Bagaimanapun kata Anwar, AS kekal sebagai pelabur pen­ting di Malaysia dan kekal menjadi kuasa dominan dalam industri cip mikro dan bidang lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Adalah wajar ekonomi ke­cil seperti Malaysia untuk mengembangkan hubungan dengan China. Satu-satunya isu yang kontroversial adalah Laut China Selatan (di mana China mempunyai tuntutan wilayah yang bertindih de­ngan beberapa negara anggota ASEAN), di mana kita berusaha hubungan baik dan mengambil pendirian tegas,” katanya.

Ditanya sama ada ASEAN di bawah kepimpinan beliau akan bersikap tegas terhadap China, Anwar berkata: “Kenapa perlu tegas? Kita berbeza pendapat mengenai banyak isu dasar luar dengan AS, tetapi kita mahu mereka menjadi sekutu yang penting. Begitu juga de­ngan China, saya rasa ia bukan soal perlu tegas terhadap jiran yang kuat dan besar.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×